Ummi Nazeera persis Halle Berry berhijab

KUALA Lumpur Fashion Week (KLFW) baru sahaja melabuhkan tirai minggu lalu tetapi banyak cerita yang masih diperkatakan ramai.

Antara yang menjadi bualan hangat netizen ialah Ummi Nazeera catwalk di pentas acara fesyen tersebut bagi busana rekaan Fiziwoo.

Anggun menggayakan dres labuh berwarna putih, rata-rata memuji Ummi persis model sebenar.

Menurut netizen, Ummi memiliki rupa paras wanita Melayu yang cantik sehingga membuat ramai terkesima.

Cantik betul Ummi, macam lihat Halle Berry versi berhijab.

“Ummi memang ada aura tersendiri. Catwalk pun cantik!” puji netizen.

Lucunya, ramai menyeru nama suaminya, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani kerana tidak sabar mahu menonton video reaksinya menemani isteri tercinta sepanjang KLFW berlangsung seperti yang dilakukan pada tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok