Tya Arifin umum hamil anak ketiga

PELAKON Tya Arifin berkongsi khabar gembira hamil cahaya mata ketiga menerusi pengumuman unik, semalam.

Secara berkias, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, duduk bersantai sambil membaca akhbar bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Pelakon drama Preman Pensiun itu memegang surat khabar dengan paparan tajuk berita ‘Selamat datang anak kecil’ manakala suaminya pula membaca akhbar tertulis ‘Bayi dalam perjalanan’.

Dalam hantaran tersebut, pelakon asal Indonesia itu turut meninggalkan kapsyen ringkas meminta peminat meneka berita atau pengumuman yang ingin dikongsi.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada pasangan terbabit, bahkan Tya juga tidak menafikan bakal terima ahli keluarga baharu dengan membalas ucapan terima kasih.

“Tahniah Tya dan Asyraf. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kalian dan juga bayi,” kata pengikut.

“Ini adalah pengumuman paling comel. Tahniah pasangan kegemaran saya,” ujar peminat.

Tya dan Asyraf yang mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok