Tolak VIP, Janna Nick dakwa Bella Astillah lebih suka ‘anak ikan’

GURAUAN pelakon dan pengacara Janna Nick mencetuskan tanda tanya ramai tentang kesahihan hubungan Bella Astillah dan Muaz Zabir.

Menerusi sebuah program hiburan, Janna, 29, yang bertindak selaku pengacara mengeluarkan kenyataan ‘panas’ dengan mendakwa Bella merupakan individu dalam video bersama Muaz Zabir di Tik Tok.

Video tersebut memperlihatkan tangan individu dipercayai wanita ada bersama dengan pelakon itu di dalam kereta.

Apa yang menarik perhatian apabila netizen mendakwa kuku dan cincin wanita itu milik Bella.

Kuku yang ini sama ke dengan video Tik Tok Muaz Zabir. Kalian kena tengok,” katanya.

Sementara itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, menafikan kuku miliknya sama dengan individu dalam video terbabit.

Tidak sama, kuku saya tidak sama,” jawabnya ringkas.

Gurauan tersebut tidak hanya terhenti di situ apabila sekali lagi Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner mengatakan Bella tidak tertarik untuk menjalin hubungan dengan golongan VIP kerana sudah mempunyai pilihan sendiri.

Adakah itu kamu? Memang bukan awak? Bella tidak mungkin, sebab Bella suka anak ikan,” katanya.

Jun lalu nama Bella dan Muaz kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya bertemu di sebuah acara buat pertama kali selepas terpalit kontroversi sekitar April.

Kedua-duanya dipertemukan bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa siaran TV3 di Karnival Jom Heboh di Dataran MITC Melaka.

Pada 3 April lalu, Bella didakwa menjalin hubungan dengan Muaz selepas seorang pengguna Tik Tok memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mesra mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok