136
PERCAYA peminat menerima dirinya seadanya, anggota kumpulan Red Velvet, Seulgi mengakui kini lebih yakin untuk tampil tanpa solekan tebal.
Ujar idola berusia 30 tahun itu, dia ingin nampak lebih natural dan mahu peminat sedar bahawa wajah dan kehidupan selebriti juga sama seperti mereka, tidak semuanya sempurna.
Adakah kalian sudah terbiasa dengan wajah tanpa mekap saya sekarang? Pada awalnya, saya malu dan segan memikirkan reaksi kalian melihatkan wajah natural saya tetapi tidak mengapalah, ini muka sebenar saya.
“Lagipula kalau kalian sayang saya, kalian mesti terima saya seadanya. Ketahuilah bahawa saya juga macam kalian, tiada yang sempurna,” katanya menerusi satu video dalam TikTok. – HIBGLAM