BELAJAR dari pengalaman, pempengaruh Sarah Yasmine menegur tindakan seorang gadis yang mendedahkan perbualan nakal dengan individu didakwa pelakon Amir Ahnaf dalam laman sosial.
Begitupun, nasihat bekas kekasih penyanyi Aliff Aziz itu agar tangkap layar yang tular dipadam mengundang salah erti, bahkan dia dituduh cuba mempertahankan aktor terbabit.
“Anda patut turunkan ‘post’ tersebut. Saya fikir tidak bagus anda kongsikan video itu sebab anda tidak kenal Amir seperti saya kenal dia.
“Saya boleh terima dibenci jika dikata ‘backup’, saya boleh terima dibenci kalau dikata meminta turunkan ‘post’ tersebut pada waktu itu sebab saya tidak rugi apa-apa,” katanya dalam Insta Story.
Menurut Sarah, sikap Amir yang mudah didekati ada kalanya mengundang tanggapan berbeza sehingga mencetuskan salah faham kepada segelintir wanita.
“Amir mempunyai masa depan cerah dan saya enggan lihat seorang kawan jatuh hanya kerana sikapnya yang terlampau cepat mesra dengan wanita walaupun tiada sebarang hubungan,” ujarnya.
Menerusi siri tangkap layar antara gadis berusia 18 tahun itu dengan dirinya, dapat disimpulkan Sarah pernah berhubung dengan individu terbabit sebelum ini.
Bahkan, menerusi paparan berkaitan, difahamkan Sarah bersuara dan berkongsi mesej langsung (DM) antara mereka dalam Instagram selepas namanya turut disebut-sebut.
Menurut ibu tunggal anak dua itu lagi, isu membabitkan dirinya dengan Aliff tidak boleh disamakan gadis berkenaan kerana status Amir adalah lelaki bujang, bukan suami orang.
“Saya buat apa yang saya patut buat. Kenapa awak nak ikut cara saya dedahkan lelaki yang curang sedangkan Amir bukan berkahwin dengan awak.
“Malah dia tidak sebut pun ada hubungan istimewa dengan sesiapa dalam kalangan awak semua,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita memuat naik paparan tangkap layar memaparkan perbualan ‘nakal’ antara gadis dikenali sebagai Sofia dengan Amir.
Kontroversi panas melibatkan individu yang dikatakan berasal dari Singapura itu dicetuskan dalam hantaran di TikTok menunjukkan DM menyebut Amir didakwa mengajak Sofia ke tempatnya menginap dipercayai sebuah hotel