Terima kasih mama kerana selalu ada dan menyayangi Kak Long.”
DEMIKIAN kata pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang menzahirkan rasa terima kasih kepada ibunya, Siti Zarina Astillah atas segala kasih sayang dan pengorbanan membesarkannya dengan sempurna.
Mahu tua bersama, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30 berkata, dirinya bersyukur mempunyai ibu yang setia disisi dalam apa juga keadaan.
Menjalani hidup bersama mama adalah sebuah kebahagiaan yang tiada tandingannya.
“Semoga kita menua bersama mama,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga menyifatkan ibunya sebagai wanita hebat, kuat dan tidak pernah berputus asa membanting tulang demi membesarkan anak-anak.
“Mama sangat hebat. Dari saya kecil ketika di Sabah, saya tengok mama kerja kuat, sabar, baik dan rajin.
Sehinggalah ke hari ini dia masih sama. Dia setia, sentiasa di samping Bella,” ujarnya.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu selain memuji sikap mulia dimiliki ibunya yang dikatakan cukup berbeza dengan perangai ibu mentuannya.
Suka tengok mama Bella yang menyokong, mendoakan anak secara senyap-senyap. Nasihat tanpa perlu pamer seluruh dunia. Doa dia dalam diam sebagai senjata mempertahankan anaknya,” komen netizen itu.
“Bagus Mama Bella ini, tak pernah dengar dia bersuara apa-apa. Berbeza dengan yang belah sana, tutup litup sempurna, tapi tak boleh tutup aib sendiri. Mudah-mudahanan yang di sini nanti diangkat lagi tinggi darjatnya,” demikian antara komen pengguna media sosial.
Bella merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Adiknya Didi Astillah juga merupakan seorang penyanyi dan seorang lagi adik bernama Eriqa Astillah. – HIBGLAM