Tawaf sambil dukung anak, Mira Filzah bersyukur

AKTRES Mira Filzah mengakui pengalaman menunaikan ibadah umrah kali ini agak mencabar namun memberi makna berbeza buat dirinya.

Menurut Amirah, antara cabaran yang ditempuhinya sepanjang umrah kali ini ialah menyempurnakan tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung anak lelaki, Wan Khair Amir.

Alhamdulillah, selesai mengerjakan ibadah umrah. Pertama kali bawa Amir dan dia nak mama dukung sahaja, jadi saya yang dukung sambil tawaf tujuh kali.

“Tak merungut, syukur Alhamdulillah buat segalanya.

Momen itu satu pengalaman yang singkat tetapi sangat bermakna untuk berada di tempat yang paling diberkati di muka bumi.” katanya dalam Instagram.

TANGKAP layar perkongsian momen istimewa Mira di tanah suci Mekah. – INSTAGRAM STORY

Dalam pada itu, Mira turut memaklumkan itu adalah pengalaman pertamanya menunaikan umrah dengan status seorang isteri dan ibu.

Pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu.

“Sangat mencabar tetapi satu pengalaman yang sangat indah buat saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan ucapan penghargaan buat suaminya, Wan Emir Astar kerana menjaga anak mereka dan memberi peluang kepadanya melakukan ibadah secara sendirian.

Kami cuma ada satu malam sahaja di sini. Emir menawarkan dirinya untuk menjaga Amir dan saya dapat keluar ke masjid sendiri untuk mendirikan solat Tahajjud.

“Ini adalah momen terbaik dalam hidup saya, terima kasih sayang,” katanya lagi.

Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok