‘Tak mahu cakap lebih, semoga dipermudahkan urusan mereka’

Semoga dipermudahkan urusan mereka.”

Demikian kata bekas isteri pertama pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah berhubung berita perceraian mengejutkan Syamsul dan isteri, Ira Kazar semalam.

Kata Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia tidak berada di posisi untuk berkata lebih tentang perkara yang bukan melibatkan dirinya.

Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri.

Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja,” katanya ketika dihubungi HibGlam sebentar tadi.

Semalam, industri hiburan negara digemparkan dengan berita perceraian Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dengan Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin.

Sebelum ini Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok