Suka berhibur, kontrak Hwarang ditamatkan

GILA ke kelab, minum arak dan didakwa menggunakan akaun Instagram peribadi untuk berhubung dengan wanita-wanita yang baru dikenali, natijahnya kontrak penyanyi Hwarang ditamatkan serta-merta.

Perkara tersebut diumumkan pihak label Yuehua Entertainment yang membuat keputusan muktamad demi kebaikan kumpulannya, Tempest.

“Kami telah berbincang mengenai kerjaya Hwarang dan selepas dipertimbangkan kami bersetuju menamatkan aktivitinya sebagai ahli Tempest.

“Kami berharap peminat terus menyokong Hwarang dalam perjalanan baharunya dan semoga yang terbaik hadir untuknya,” kata wakil agensi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok