Suga menyesal, tertekan kecewakan peminat

SELEPAS ditahan pihak berkuasa menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk, Suga tampil mengakui kesalahannya dan memohon maaf menerusi surat bertulis.

Permohonan maaf tersebut merupakan kali kedua dibuat selepas agensinya, Big Hit Music mengeluarkan kenyataan pada 7Ogos lalu menyatakan anggota kumpulan BTS itu didenda dan lesennya dibatalkan.

“Saya minta maaf kerana mengecewakan peminat atas kesalahan dilakukan. Pada malam 6 Ogos lalu, saya buat kesilapan memandu skuter elektrik selepas mengambil alkohol.

“Disebabkan kejadian ini, saya telah merosakkan kenangan berharga yang dicipta bersama peminat dan mencemar nama BTS. Sangat sukar menyatakan betapa menyesalnya dan tertekannya saya atas apa yang berlaku.

“Saya tahu sukar untuk mengembalikan kepercayaan peminat tetapi saya dengan sepenuh hati menerima segala keputusan dan kritikan yang dilemparkan,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok