Suga ‘besar kepala’ dalam kem tentera

NAMA anggota kumpulan BTS, Suga meledak dalam media sosial apabila  timbul dakwaan dia mengelak menjalani sesi latihan ketenteraan.

Perkara tersebut didedahkan salah seorang petugas di kem berkenaan yang berkongsi sisi buruk penyanyi tu sepanjang berada di premis terbabit sekitar November tahun lalu.

Suga tidak menghadiri mana-mana kelas sepanjang latihan selama lima hari.

“Suga akan bangun tidur, menganggukkan kepalanya, melihat telefon dan kemudian tidur semula,” kongsi individu terbabit.

Selain itu, Suga juga didakwa cuba membuli pada awal semester.

Susulan tindakan itu, pihaknya telah membuat aduan dan telah menyerahkannya kepada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera Serantau Seoul bagi siasatan selanjutnya.

Pihak pengurusan Sugar, Big Hit Music pula masih diam membisu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok