PELAKON Zara Zya meminta orang ramai agar ada rasa simpati terhadap golongan selebriti dengan berhenti melemparkan kecaman.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, berkata, golongan selebriti hanyalah manusia biasa yang tidak menjalani sebarang latihan bagi membentuk ketahanan mental seperti dilalui pasukan tentera.
“Jadi selebriti, kita tak ada latihan untuk kekuatan mental.
Lainlah kalau askar, memang ada latihan untuk mental dan fizikal.
“Jadi, sudah-sudahlah nak cakap, kalau tak tahan kena kecam, jangan jadi artis,” katanya dalam aplikasi X.
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Risik Pada Hati itu juga berharap masyarakat memupuk rasa empati terhadap individu lain.
Tolonglah ada rasa simpati dan empati terhadap sesama manusia,” katanya.
Zara bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsian itu. – HIBGLAM