Selamat dikafan, jenazah Nadzi Afham dibawa ke Masjid Puncak Alam

JENAZAH penyanyi Allahyarham Nadzi Ahfam akan dibawa ke Masjid Puncak Alam sebentar lagi bagi urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam hari ini.

Menurut wakil ahli keluarga iaitu abang ipar Allahyarham, Muhammad Effrie Amron, segala urusan berkaitan mandi jenazah dan kafan selesai dilakukan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Jenazah sudah dimandikan dan sedia dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah,” katanya kepada media.

Difahamkan, segala urusan bedah siasat terhadap jenazah selesai dijalankan sebentar tadi.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini, kelmarin.

Pengesahan itu dibuat menerusi jersi yang dipakai ketika mayat itu ditemui. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok