TEMAN wanita penyanyi dan YouTuberAllahyarham Nidza Afham iaitu Hazmiera Amrisya mengakui masih bergelut untuk menerima kenyataan kekasihnya itu sudah tiada.
Menurut Hazmiera, dia masih tercari-cari cara untuk ‘move on’ dan percaya hanya masa sahaja dapat mengubati segala kesedihan yang dirasai ketika ini.
Sayang, awak bergembiralah disana ya, nanti kita jumpa.
“Saya tak tahu sebenarnya macam mana nak ‘move on’ daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati,” katanya dalam InstaStory.
Tambah Hazmiera, segala kasih sayang yang diberikan Afham kepadanya sebelum ini cukup membahagiakan dan menjadi kenangan indah buat dirinya.
Kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang tak dapat saya katakan apa-apa lagi.
“Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang.
Saya cuma teman wanita yang cuba buat terbaik dan berikan segala yang termampu untuk teman lelakinya, sayang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada keluarga khususnya ibu Afham iaitu Irni Yusnita kerana melayannya dengan baik meskipun perancangan untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.
Hazmiera turut mendoakan agar roh Afham tenang dan bahagia di alam abadi.
“Saya yakin, sayang dah gembira dekat sana. Saya bahagia, kalau sayang bahagia.
Terima kasih Umi terima Miera sebagai menantu Umi.
“Sayang tolong doakan saya dekat sini juga okey? Saya cintakan awak sayang,” ujarnya.
Difahamkan, Afham dan Hazmiera dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan perkara itu didedahkan ahli keluarga yang menemui nota mengenai perkahwinan dalam telefon bimbit arwah.
Semalam, pihak polis memaklumkan sedang menyiasat sama ada kematian Afham mempunyai kaitan dengan unsur jenayah, masalah peribadi atau mental.
Pada 15 Ogos, mayat Afham ditemui pemancing kira-kira pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang di Jambatan Kota, Klang.
Hasil bedah siasat, punca kematian dikasifikasikan sebagai mati mengejut dan tubuh badan Afham tidak mempunyai sebarang kecederaan.
Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, Shah Alam. – HIBGLAM