MASIH dalam tempoh berpantang selepas pemergian bayi sulung yang dilahirkan pramatang, pempengaruh Marissa Dania Hakim disaran meminta maaf kepada ibunya, Abby Abadi.
Ini kerana daripada perkongsian bekas anggota Elite itu jelas menunjukkan berita tersebut hanya diketahui Abby selepas beberapa hari anaknya bersalin.
Meluahkan kesedihan menerusi laman sosial, Marissa yang juga isteri kedua kepada penghantar e-hailing, Ahmad Aslam dilihat menyelit dan bertanya kenapa tidak membalas mesejnya.
Rata-rata netizen pula apa lagi, masing-masing ambil peluang ‘sekolahkan’ Marissa dan suaminya dilihat ego apabila tidak memaklumkan kepada ibu sendiri berita sebesar itu.
Merasakan mereka sepatutnya bersyukur kerana sudah diterima, tindakan mencalarkan semula hati wanita yang menyabung nyawa melahirkan Marissa itu dianggap keterlaluan.
Aslam juga wajar maklumkan ibu mentua berhubung hal kematian, begitu juga Norman Hakim yang didakwa antara individu terawal yang tahu cucunya meninggal dunia pramatang.
Entahlah, pelik pula sebab sebelum ini elok pula keluarga Abby dan Norman bercuti bersama.
MIZZ LAHAR: Ada artis mengamuk gara-gara tidak puas hati foto anaknya kelihatan kurang cantik.