Ranbir Kapoor hampir ‘menikahi’ Alia Bhatt cilik

PELAKON terkenal Bollywood, Ranbir Kapoor, 42, mendedahkan dia hampir ‘menikahi’ isterinya, Alia Bhatt, 31, sewaktu aktres itu berusia 9 tahun.

Menurut Ranbir yang merupakan anak kepada mendiang pelakon legenda, Rishi Kapoor, dia dan Alia bertemu kali pertama untuk sebuah projek filem pada 2002.

“Kami bertemu kali pertama ketika saya berusia 20 tahun dan Alia 9 tahun.

Kami sepatutnya berlakon dalam sebuah filem arahan Sanjay Leela Bhansali bertajuk Balika Vadhu yang mengisahkan tentang perkahwinan kanak-kanak. Tetapi filem itu tidak jadi dihasilkan.

“Namun kami sempat melakukan sesi fotografi ‘screen test’ untuk filem itu,” katanya dalam sebuah wawancara.

Jurang usia 11 tahun tidak menghalang pasangan popular itu daripada mencari titik keserasian dalam hubungan mereka dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin pada April 2022 selepas lima tahun berpacaran.

“Saya sangat gembira kerana telah mengahwini wanita hebat.

Alia adalah seorang sahabat yang periang, kuat ketawa dan saya senang berbual dengannya biarpun jarak usia kami agak jauh. Kami boleh berbual tentang apa sahaja,” katanya.

Kisah cinta pasangan ini mendapat liputan meluas di Bollywood bukan sahaja kerana jarak usia mereka, tetapi kedua-duanya datang dari keluarga berpengaruh dalam industri perfileman Bollywood.

Hasil perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raha Kapoor yang kini berusia 2 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok