SEJAK tular berita perceraian bekas suami, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar, netizen galak berkumpul dalam akaun Instagram pelakon Puteri Sarah bagi meraikan kemenangan.
Rata-ratanya teruja dengan berita pengarah itu memfailkan cerai terhadap Ira, 24, kerana menganggap itu kifarah merampas kebahagiaan pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Hadir selepas berita gembira dalam Facebook dan TikTok. Terus gembira Sarah, sesungguhnya kifarah itu benar buat mereka yang menganiaya orang baik,” kata pengikut.
“Tahniah Sarah. Awak sudah menang,” tutur peminat.
“Kifarah benar. Orang teraniaya yang bersabar akan menemui kebahagiannya,” ujar pengikut lain.
Dalam masa sama, ramai menasihati pelakon berusia 38 tahun itu untuk tidak membuat pusing U kembali ke pangkuan bekas suaminya.
“Saya datang kerana berita sensasi. Sarah tolong jangan nak kembali semula okey,” komen netizen.
Tolong jangan ada yang suruh Sarah kembali semula dengan orang sana (Syamsul). Ingat balik macam mana dia lawan untuk bangkit,” tutur peminat.
Semalam, peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan cerai terhadap Ira pada pukul 2 petang di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.
Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – HIBGLAM