Penyanyi Abang Beca, M. Rizal meninggal dunia

PENYANYI era 70-an, M. Rizal menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor, pukul 10.55 malam tadi .

Allahyarham yang popular dengan lagu Abang Beca meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat ulser perut.

M. Rizal atau nama sebenarnya Mohd. Razali Hashim merupakan Juara Bintang RTM 1978 sebelum dilamar syarikat rakaman WEA Records.

Sepanjang kerjaya seninya, penyanyi asal Teluk Intan, Perak itu pernah menghasilkan tiga album studio bersama tiga label berbeza.

Antara lagu popular arwah adalah Hatiku Menangis Kernamu serta Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi filem Sumber Ilhamku lakonan Datuk Sharifah Aini dan Latiff Ibrahim.

Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak akibat penyakit gout.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada pukul 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74, bersama lima anak dan 11 cucu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok