Peminat nasihat Datuk K lupakan hasrat kahwin lain

Usia 45 tahun tidak membataskan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk aktif melakukan senaman battle rope yang dianggarkan memiliki bebanan sekitar 10 hingga 30 kilogram (kg).

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi video melakukan beberapa aktiviti fizikal dipercayai sebagai persiapan konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang 10 Ogos nanti.

Kata Siti, pertempuran yang paling hebat adalah dengan menentang diri sendiri.

Pertempuran yang paling hebat adalah dengan diri anda sendiri. Kelemahan anda, emosi anda.

“Kekurangan dalam membuat ketetapan bagi menyelesaikan sesuatu hingga ke penghujung,” katanya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian peminat yang memuji kesungguhan ibu dua anak melakukan aktiviti fizikal meskipun hampir mencecah usia setengah abad.

Malah, ada juga yang berseloroh menitipkan pesanan agar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K melupakan hasrat untuk mengamalkan poligami.

Ini buat persiapan untuk konsert atau untuk masuk Olimpik.

“Moga Datuk K lupakan impian nak kahwin lain.

“Hebat betul dapat buat senaman begitu biarpun melahirkan pembedahan dua kali.

“Mimi pengawal keselamatan Tok Ti sudah boleh hantar surat berhenti kerja,” tulis peminat di ruangan komen.

Untuk rekod, pada April lalu tiket konsert Cinta Di Awan laris terjual dalam tempoh masa kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok