Pasangan My Sibling’s Romance bertunang

PASANGAN kekasih dari rancangan realiti My Sibling’s Romance, Lee Yunha dan Kim Yunjae mengumumkan berita pertunangan mereka.

Pasangan yang dikenali sebagai Yoon-Yun itu berkongsi berita gembira dalam YouTube mereka sekali gus mendedahkan perancangan untuk berkahwin awal tahun hadapan.

Percintaan mereka dipercayai bermula dalam My Sibling’s Romance kerana rancangan tersebut merupakan temu janji Korea Selatan yang unik apabila menggabungkan adik-beradik untuk membantu satu sama lain mencari cinta.

Menariknya, peserta perlu tinggal bersama dalam satu rumah tanpa mengenali kehidupan peribadi masing-masing. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok