TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Jang Dong-yoon meledak dalam media sosial apabila tular kembali kisahnya memerangi jenayah seksual di universiti.
Perkara tersebut diakui aktor berusia 32 tahun itu yang mendedahkan dirinya pernah dipulaukan kawan kerana bermati-matian melawan kekerasan seksual yang berlaku dalam kampus.
Bukan mengharapkan pujian atau mahu tunjuk hero, sebagai pelajar dia hanya ingin pelaku yang melakukan kesalahan itu dihukum.
Apa yang tular sebelum ini itu betul. Saya pernah dipulaukan kawan-kawan kerana cuba mambanteras gangguan seksual dalam kampus. Ramai anggap saya lapar perhatian.
“Meski dibenci, saya tetap berpegang dengan pendirian pelaku perbuatan tidak bermoral itu mesti dihukum,” kongsinya dalam satu wawancara. – HIBGLAM