MENGGAYAKAN ‘septum ring’ atau subang hidung, pelakon Remy Ishak menyatakan perhiasan tersebut hanyalah palsu dan sekadar untuk berfesyen.
Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak, 42, berkata dia cuma inginkan kelainan dengan gaya baharu.
“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ (subang hidung) palsu.
Subang ini sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya kepada HibGlam semalam.
Ditanya tidakkah bimbang sekiranya penampilannya itu mengundang kecaman, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu enggan ambil pusing memandangkan dia sudah cukup matang untuk membuat pertimbangan.
“Sewaktu zaman muda dahulu, saya tidak boleh buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.
“Sekarang tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak.
“Lantaklah sama ada orang nak kutuk atau tidak,” ujarnya lagi.
Semalam, Remy hadir ke majlis pelancaran drama Viu, The Secret dengan imej rambut pendek dan menggayakan ‘septum ring’. – HIBGLAM