[VIDEO]”Orang kata kami nampak comel” – Adib rapat dengan Iman

“KAMI berkawan rapat, nak cakap lebih-lebih tak berani.”

Demikian respons pempengaruh media sosial, Adib Aidil apabila ditanya tentang gosip cintanya bersama penyanyi Iman Troye yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut lelaki yang baru sahaja memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pesawat komersial itu, dia mengenali Iman sejak tahun lalu menerusi media sosial.

“Selepas saya viral, kami saling ikuti akaun Instagram masing-masing. Kami berbual dan saling berbalas InstaStory.

“Bila saya muat naik tentang kerjaya, dia sokong begitu juga sebaliknya. Dia seorang yang sangat baik.

“Boleh dikatakan sekarang kami memang berkawan rapat. Nak kata lebih saya tak berani. Cuma saya harapkan doa yang baik-baik untuk kami,” katanya ketika ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di sini, baru-baru ini.

Ditanya adakah peminatnya menunjukkan rasa tidak suka apabila dia digosipkan bercinta dengan Iman, kata Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil, 25, dia menerima respons yang positif.

“Setakat ini saya lihat semuanya okey. Saya rajin juga baca komen-komen netizen.

“Semuanya sangat menyokong dan kata kami nampak comel bersama,” kongsinya.

Terbaharu, Adib juga telah dipilih menjadi model untuk video muzik terbaru lagu Iman Troye berjudul Bunga Kemboja yang dilancarkan hari ini.

Adib pernah viral apabila videonya melayan pelanggan sewaktu menjual ‘pisang goreng cheese’ mendapat perhatian ramai.

Namun, pada April lalu dia mengumumkan bahawa kini telah berjaya bergelar seorang juruterbang. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok