Nurul Wahab cari bekas abang ipar untuk jadi wali

Penyanyi Nurul Wahab memohon bantuan orang ramai untuk mencari bekas abang iparnya yang dikenali sebagai Bakhori Zainon untuk menjadi wali kepada seorang anak buahnya yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Nurul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berkongsi maklumat mengenai bekas abang iparnya itu dalam satu hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram.

Mohon bantuan daripada semua yang mungkin ada ternampak insan ini. Dia bekas abang ipar saya. Bekas suami kepada kakak saya. Anak-anaknya bakal bernikah. Kesian anak perempuannya bakal menikah pada bulan Disember nanti.

“Mereka terputus hubungan kerana ayahnya memilih untuk mencari ketenangan dengan menjauhkan diri. Anak-anak sudah lama cari tetapi tak jumpa. Tak pernah mereka menjauhkan diri. Anak pertama tidak pernah putus memberi bantuan kewangan.

“Mohon jika terlibat di sekitar Sungai Petani, Kepala Batas atau sekiranya, beritahu dia untuk hubungi kakak saya,” kongsinya.

Nurul yang kini menetap di Bali, Indonesia sudah menganggap anak saudaranya Aina Sophea (yang bakal berkahwin) seperti anak sendiri.

Saya sayang Aina sebagaimana saya sayang anak saya, Ayu. Usia dia tidak jauh dengan Ayu. Hanya beberapa bulan.

“Dialah pengganti bila saya sedih dan rindukan anak sendiri.

“Jadi bila dia nak kahwin, saya nak bantu dia. Sebab saya tak tahu dapat tak buat majlis perkahwinan anak sendiri,” tulisnya beserta emoji sedih.

Pelantun lagu Tangis Syukur ini turut memohon agar pengikut akaun media sosialnya yang berada di Utara Semenanjung Malaysia untuk untuk mengulang siar hantaran tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu yang dicari boleh hubungi nombor telefon bekas isterinya di talian 011-24009332.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok