Muse Jimin meroket

NAMA anggota kumpulan BTS, Jimin sekali lagi meledak dalam media sosial apabila album solo keduanya berjudul Muse berjaya menduduki 10 terbaik carta Billboard Amerika Syarikat.

Lebih menarik, lagu utama dalam album terbabit yang berjudul Who telah melonjak ke tempat pertama dalam carta Hot 100 sekali gus menundukkan lagu baharu Post Malone, Guy For That.

Tidak habis di situ, lagu tersebut terus mendominasi beberapa sub-carta dan meraih kedudukan teratas carta United KingdomGlobal 200 untuk minggu kedua berturut-turut selain juara bertahan di Global Excl Amerika Syarikat.

Album Muse merupakan penerokaan introspektif inspirasi bersulam rentak seksi dan mood berirama yang berbeza. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok