Muka bengkak sebab steroid dan kemoterapi – Elyana

BIARPUN disahkan bebas daripada penyakit  kanser limfoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu, penyanyi Elyana bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan.

“Muka terus bengkak sebab steroid dan chemo (kemoterapi).

Saya sudah puas tidur tadi masa buat chemo. Jadi sekarang saya tidak boleh tidur lagi,

“Tetapi sekejap lagi saya hendak makan ubat, mengantuk juga untuk rehat. Kalau tidak tepu juga kalau orang semua tidur,” katanya.

TANGKAP layar video Elyana ketika menjalani rawatan kimoterapi baru-baru ini. – InstaStory

Menerusi video itu, Elyana yang berada di atas katil hospital kelihatan cerita namun sedikit keletihan.

Julai lalu penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu berkongsi keadaannya menjalani rawatan kemoterapi yang keempat.

Elyana juga sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila perkongsiannya tentang menjalani rawatan kemoterapi mendapat kecaman daripada netizen.

Malah dia juga pernah mengatakan tiada lagi hantaran mengenai perjalanan kemoterapi berikutan kejadian itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok