Menyumpah ‘ubat’ stres Shin Min-ah

PELAKON Shin Min-ah mendedahkan cara untuk dirinya melepaskan stres adalah dengan menyumpah seranah kepada semua benda.

Kata aktres berusia 40 tahun itu, meskipun menyedari perbuatan tersebut sangat tidak senonoh, dia bagaimanapun berasa puas apabila dapat meluahkan segala masalah terpendam melalui kata-kata kesat itu.

Ramai tanya saya bagaimana untuk lepaskan stres. Macam saya, saya akan menyumpah seranah dengan sepenuh hati agar segala yang terpendam terluah dan membuatkan hati saya puas.

“Saya tahu amalan seperti itu tidak baik tetapi memang ‘menjadi’.

“Saya akan tidur lena selepas berbuat demikian,” katanya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok