TIADA angin tiada ribut, seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga aktor ketika menyertai satu percutian, baru-baru ini.
Perkara tersebut didedahkan seorang individu yang memaklumkan wanita terbabit turut mencuba nasib mengurat seorang lelaki bernama Erik.
Alek adalah kekasih kepada Bow Maylada. Dia juga mempunyai platform YouTube sendiri yang memuatkan konten makanan dan kembara solo.
“Dia turut dijemput menyertai percutian ke Kazakhstan bersama sekumpulan individu baru-baru ini yang turut disertai artis wanita itu, pencipta kandungan dan Youtuber lain.
Di situ dia cuba untuk mengurat Alek dan juga seorang lagi lelaki bernama Erik,” dedah individu berkenaan menerusi satu hantaran emel kepada HibGlam.
Meskipun ramai sedia maklum Alek sudah mempunyai teman wanita, difahamkan dramatis putih gebu itu masih tidak putus asa menggoda sehingga perbuatannya menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan peminat pasangan kekasih berkenaan.
“Alek secara jelas menunjukkan dia mempunyai teman wanita dengan memakai gelang tangan berinisial huruf B membawa nama Bow selain foto kekasih sebagai gambar latar dalam telefon bimbit.
Namun, bintang skandal negara awak (Malaysia) masih melakukan perangai buruknya dengan merampas teman lelaki orang lain.
“Perkara ini sudah menjadi gosip antara kelab peminat Bow dan Alek kerana merasakan perkara dilakukan tidak baik,” ujarnya lagi.
Hasil pemerhatian HibGlam, pelakon genit itu turut meninggalkan tanda suka dalam beberapa hantaran jejaka asal Thailand itu dalam Instagram.
Dia turut meletakkan gambarnya bersama Alek dalam Reels Instagramnya. – HIBGLAM