‘Melampau! Hal dalam kain lebih baik diam’

PENGARAH dan penerbit Michael Ang menyelar tindakan seorang pensohor media sosial yang didakwa mahu menyebarkan foto intim dan bogel bekas isterinya.

Ujar Michael, 48, perbuatan tersebut sangat melampau dan tidak berhati perut terutama terhadap wanita yang pernah menjadi suri hati hidup lelaki terbabit.

Tunjuk dan terangkan apa saja, siap pakai ‘white board’, sampai tunjuk ‘footage’ yang diedit untuk pertahankan diri. Tetapi nak pertahan diri sampai sanggup nak aibkan dengan gambar bogel orang itu.

“Walaupun gambar itu bersama dengan awak tapi awak sendiri nak sebarkan dengan alasan awak tidak dilihat dalam video tersebut. Ini sangat melampau.

Apa awak cakap, nak pakai lawyer, rakyat Malaysia dah anggap awak manusia paling tak berhati perut dan durjana,” katanya menerusi Instagram Story.

Isu meleret sehingga mahu saman menyaman, Michael berharap agar kemelut terbabit diselesaikan secara baik selain tidak membuka ruang kepada orang ramai membuat andaian dan menjatuhkan hukuman.

Hal dalam kain sampai saman menyaman baik diam diri sahaja, jangan buka ruang dekat orang luar buat andaian dan hukuman sendiri.

“Apatah lagi aib yang boleh jatuhkan maruah orang seperti gambar bogel,” jelasnya.

Pun begitu, pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu tidak menyebut nama mana-mana individu dalam hantaran terbabit.

Bagaimanapun rata-rata netizen menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada pempengaruh Andika Putera yang sebelum ini menyangkal dakwaan berlaku curang ketika masih bergelar suami.

Sejak semalam tular perkongsian WhatsApp ugutan daripada pempengaruh itu yang mahu menyebarkan video intim dan gambar bogel bekas isterinya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok