“Mana Fattah?” – Kecoh Fazura tonton konsert Adele dengan pengurus

Kontroversi keretakan rumah tangga tidak menghalang pelakon Fazura untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa Adele di Munich, Jerman minggu lalu.

Menerusi video yang tular, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu dilihat mengenakan pakaian serba hitam dan kaca mata hitam bersama pengurusnya Iman Tang dipercayai di pekarangan konsert penyanyi terbabit iaitu Munich Messe.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial  mempersoal ketiadaan Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dalam video terbabit.

Meninjau ruangan komen, netizen mempertikai tindakan pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu kerana menonton konsert terbabit tanpa suami.

“Fazura pergi tengok konsert Adele dengan siapa itu? Pengurus dia ya. Tapi Fattah mana?

Mungkin pergi sendiri. Lagipun Faz (Fazura) dah unfollow (nyah ikut) stylist (penata gaya) dia. Jadi faham-faham saja.

“Kenapa perlu ada masa untuk diri sendiri, kalau dulu cakap pergi tandas pun sudah rindu,” antara komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, ramai yang mempertahankan Fazura dan berpendapat tidak menjadi kesalahan untuknya mengembara ke luar negara tanpa suami.

“Tidak salah dia pergi sendiri. Lagipun dia mampu. Fazura juga berhak untuk ada masa sendiri.

Kelakar betul. Kenapa orang marah Fazura pergi dengan Iman Tang. Sah-sahlah itu manager (pengurus) dia. Dia siap bawa anak isteri lagi Iman tu.

Biarlah dia (Fazura) pergi konsert, kenapa perlu sibuk. Ramai lagi artis lagi pergi tengok konsert Adele juga.

“Apa yang hairan kalau dia pergi tengok konsert Adele?,” sebahagian komen netizen.

Sementara itu, usaha HibGlam untuk mendapatkan penjelasan Fattah belum berhasil apabila kiriman mesej kepada pengurusnya dikenali sebagai Acha belum dibalas.

Desas-desus keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan sejak Mei lalu apabila kedua-duanya tidak memuat naik gambar bersama dalam media sosial.

Malah mereka juga dikatakan tidak meninggalkan komen terhadap perkongsian masing-masing dalam Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok