Mahu Rees imamkan solat jenazah saya nanti – Azhar Sulaiman

HASRAT seorang bapa, pelakon Azhar Sulaiman ingin anak lelaki tunggalnya, Andika Rees Pahamin mengimamkan solat jenazahnya andai sampai ajal nanti.

Azhar berkata, sebelum ini dia tidak dapat menunaikan bakti terakhir buat arwah bapanya sekali gus perkara itu mendorongnya mengajar Rees rukun solat sunat jenazah sebagai persediaan pada masa akan datang.

Behar (panggilan Azhar) tak ada di Malaysia ketika arwah bapak meninggal dunia dahulu dan tak tahu pun macam mana nak buat solat jenazah.

“Jadi, sekarang Behar kena ajar Rees menjadi imam untuk sembahyangkan Behar nanti kalau mati secara normal,” katanya menerusi perkongsian Instagram .

Dalam hantaran sama, aktor senior berusia 53 tahun itu turut berkongsi petikan daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan anak lelaki wajib mengimamkan jenazah bapa.

Nota kaki: Anak lelaki wajib sembahyangkan jenazah ayah mereka sendiri, Ustaz Azhar Idrus,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji langkah bapa kepada tiga cahaya mata itu dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anaknya.

Bahkan, ramai mendoakan agar keinginan Azhar diperkenan dan dipermudahkan Allah SWT.

Semoga hajat abang Azhar dimakbulkan. Semoga Rees jadi anak berjasa kepada ibu bapa dunia dan akhirat,” tulis netizen.

Rees, 22, adalah kembar kepada pempengaruh popular, Kasih Iris Leona dan mempunyai seorang kakak, Kasih Leia Ixora, 26 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok