Mabuk, tunggang skuter kemudian minta maaf

MENGAKUI  khilaf sendiri, anggota kumpulan BTS, Suga tampil membuat permohonan maaf susulan insiden ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

Menceritakan kejadian yang berlaku, idola berusia 31 tahun itu memberitahu, dia tidak sedar kesalahan dilakukan termasuk dalam senarai kesalahan undang-undang jalan raya.

“Saya telah melanggar akta kerana fikirkan jaraknya sangat dekat. Saya juga tidak sedar menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk adalah dilarang.

“Saya terjatuh ketika meletakkan kenderaan itu di hadapan rumah dan polis berdekatan tampil membuat ujian pernafasan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok