DIANGGAP melampau dan memalukan, pelakon Zarina Zainuddin bagaimanapun menjelaskan tindakannya menceritakan tentang keadaan alat sulit anak lelakinya, Azal adalah untuk menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang autisme.
Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata,perkongsiannya dalam video sebelum ini bertujuan menceritakan reaksi golongan autisme berdepan dengan seksualiti mereka.
Malah, Zarina turut memberitahu dia pernah berdepan situasi payudaraya dipegang anak autisme.
“Orang cakap saya bodoh kerana buka aib anak. Kalau saya buka aib anak buka seluar tunjuk benda tidak senonok. Kalian semua perlu faham anak seperti ini lurus dan mereka akan menceritakan perkara yang benar.
Saya juga ada menasihati dia agar tidak menonton perkara tidak senonoh. Saya nak cerita payudara saya juga pernah kena ‘ramas’ dengan anak autisme yang bukan anak saya. Saya terkejut, tetapi apa daya saya kerana anak itu tidak tahu apa-apa.
“Sebab itu saya tekankan untuk anak autisme ini. Di luar sana ada ramai anak syurga berdepan masalah sama. Orang normal akan cakap benda ini kotor, tetapi bagi kami ibu bapa yang ada anak autism, bagaimana hendak terangkan kepada masyarakat,” katanya.
Menerusi perkongsian itu juga, Zarina meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mengaitkan perkara tersebut dengan masa lalunya.
Pelakon filem Ringgit Kasorrga itu turut memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dan menganggap tindakannya keterlaluan.
Saya mohon maaf kalau perkataan keras dan gajah itu mencarut, carilah dalam kamus. Siapa yang otak kuning, saya atau anda sendiri.
“Perkataan mencarut dan menghina serta kaitkan dengan masa lalu saya. Saya sudah ke jauh ke depan. Terima kasih atas penghinaan anda semua. Siapa yang patut saya block (sekat) saya sudah buat, mana yang tidak suka, boleh unfollow (nyah ikut).
Saya tidak mahu gaduh, kesihatan mental kena jaga juga. Kalau tidak suka tiadak mengapa, saya reda,” jelasnya.
Terdahulu, Zarina berkongsi anaknya, Azal atau nama penuhnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 28, bercerita mengenai keadaan alat sulit yang ‘berdiri’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dalam Instagram . – HIBGLAM