Lucu, Ramli MS umpan anak RM2,000

SEJAK menimang anak angkat bernama Nur Izzara, macam-macam gelagat lucu Datuk Ramli MS atau Tok Ram yang mencuri perhatian umum

Terbaharu, isterinya Datin Alyah berkongsi sebuah video memaparkan Tok Ram mengajar Nur Izzara yang baru berusia empat bulan untuk menyebut perkataan ‘daddy’.

Lucunya, Tok Ram turut ‘menawarkan’ hadiah sehingga RM2,000 buat Nur Izzara sekiranya berjaya menyebut perkataan tersebut.

“Sebut ‘daddy’, cepat nanti daddy bagi RM100 untuk perkataan ‘dad’ dan RM200 untuk perkataan ‘ddy’.

“Sebut ‘dad’ dapat RM1,000, sebut ‘ddy’ pula bernilai RM2,000. Berusaha dapatkan RM2,000,” kata maestro muzik terkenal itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai respons positif yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat Tok Ram melayan anak perempuannya itu.

“Nampak ceria dan seronok Tok Ram layan Nur Izzara. Comel!

“Rupa-rupanya Tok Ram seorang yang kelakar. Semoga rumah tangga Alyah dan Tok Ram semakin bahagia dengan kehadiran Nur Izzara,” doa netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok