Leona berkawan dengan Gabriel Prince bukan sebab harta

“TIDAK, saya pun kaya.”

Demikian reaksi ringkas pempengaruh dan pencipta kandungan, Kasih Iris Leona yang menafikan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan dengan selebriti Indonesia, Gabriel Prince kerana ingin mengejar harta.

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu memberitahu hal tersebut bagi membalas komen pengguna media sosial dalam video siaran langsung dalam Instagram semalam.

Kenyataan Leona, 22, itu turut mendapat sokongan daripada beberapa pengguna media sosial lain yang bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Apa mereka ini lupa yang Leona pun kaya juga.

“Siapa yang cakap Leona nak kejar harta. Harta ayah dia pun banyak, harta dia pun banyak.

“Tak perlu kejar lelaki banyak harta sebab dia pun berharta juga,” komen pengguna media sosial.

Pada masa sama, peminat juga memberi restu untuk Leona menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi lagu Sunday itu.

Biarpun rata-rata peminat menyifatkan hubungan mesra mereka sekadar gimik muzik video dan filem pendek, namun ramai yang mengharapkan mereka benar-benar bercinta.

“Mereka berpegangan tangan, pasti ini serius atau gimik lagi.

“Mereka memang sepadan dan kami sangat bersetuju,” tulis netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Leona beberapa kali memuat naik video dan gambar bersama Gabriel Prince dipercayai di Kuala Lumpur dan Genting Highlands. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok