Lee Jung-jae terjebak skandal penipuan

PELAKON Lee Jung-jae berdepan tuduhan melakukan penipuan berkaitan saham sebuah syarikat.

Kes tersebut turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif WYSIWYG Studios, Park In-kyu yang dikatakan bersubahat dengan aktor drama popular Squid Game itu.

Balai Polis Gangnam, Seoul mengesahkan sedang menyiasat aduan dibuat terhadap dua individu terbabit sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok