Lee Dong-wook rekrut ahli kelab peminat

SUDAH 25 tahun dalam industri seni, pelakon Lee Dong-wook akhirnya bersedia untuk merekrut ahli untuk kelab peminat rasmi pertamanya.

Menurut agensinya, King Kong by Starship, pengambilan ahli kelab peminat rasmi itu bermula pada pada bulan ini sehingga pertengahan bulan hadapan.

Menariknya, ahli kelab peminat rasminya akan menerima pelbagai faedah termasuk kit kelab peminat rasmi, akses tiket awal untuk perjumpaan peminat dan akses eksklusif kepada kandungan istimewa dalam laman web rasmi Lee Dong-wook.

Aktor berusia 42 tahun itu juga memberi peluang kepada peminatnya untuk membantu menentukan nama kelab peminat rasmi selain memberi cadangan aktiviti yang bakal dilakukan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok