Lagu baharu Ara Johari vibe Indonesia, ‘mendonia’

PERNAH meledak menerusi lagu Bunga dan Waktu Untukku, Ara Johari sekali lagi ‘mendunia’ dengan single terbaharunya, Menjaga Jodoh Orang.

Lagu tersebut disifatkan ‘kena’ dengan situasi segelintir individu yang kerap gagal dalam hubungan percintaan.

Selain hubungan cinta yang gagal, ramai juga netizen memuji Menjaga Jodoh Orang dikatakan berkualiti serta mempunyai ‘vibe’ lagu Indonesia.

Suka sangat susunan muzik dan lirik lagu ini. Harap bertanding dalam Anugerah Juara Lagu.

“Sedap lagu Ara, sesuai dengan suara dan berjaya buat rasa ‘galau’,” ujar netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok