[VIDEO] Kuku Bella Astillah? Muaz Zabir biar netizen berteka-teki

“KALAU itu kuku Bella Astillah sekalipun, dia bukan isteri orang lagi.”

Demikian respons pelakon, Muaz Zabir mengenai isu jari dan kuku wanita yang didakwa milik penyanyi, Bella Astillah dalam sebuah video dikongsinya sehingga tular baru-baru ini.

Muaz, 27, berkata, dia tidak boleh berkongsi lanjut mengenai video tersebut dan tidak kisah sekiranya orang ramai mahu membuat sebarang andaian atau spekulasi sendiri.

“Tentang isu pemilik kuku itu, saya tak boleh kongsi sebab memang kena dirahsiakan.

“Biarlah orang nak berteka-teki dan buat andaian sebab saya sendiri yang cipta kandungan itu. Saya tak jangka pun video itu akan viral,” katanya kepada Kosmo! Online pada TikTok Awards 2024 di sini, semalam.

Tidak lagi berselindung, pelakon drama Bawah Payung Awan itu kini lebih bersifat terbuka sekiranya terus dikaitkan dengan bekas isteri pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz itu.

“Kalau orang nak kaitkan lagi, nak buat macam mana, orang nak terus bercakap kan.

“Saya juga memang kena lebih bersikap terbuka dengan netizen. Alhamdulillah kecaman tak banyak tapi banyak orang doa baik-baik.

“Bukan nak cakap sekarang lebih selesa tapi cuma sebelum ini tak mahu dikaitkan dengan Bella ketika isu sedang panas.

“Sekarang pun orang dah faham dengan status, jadi kami pun akan lebih terbukalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga turut memberi bayangan masih berhubungan dengan Bella namun tidak memperincikan dengan lebih lanjut.

“Saya tak boleh nak cakap kami tak ada apa-apa atau ada hubungan pun.

“Kami bekerja dalam industri yang kecil, mahu atau tidak, kami akan berjumpa juga dan kalau boleh tak mahu bermusuh.

“Setakat ini saya okey sahaja orang kaitkan dengan dia, tiada masalah pun sekarang,” katanya lagi.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Kosmo!, Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir tidak menolak sekiranya berjodohan dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan untuknya.

Terdahulu, namanya meledak apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan Bella ketika aktres itu masih bergelar isteri Aliff sekitar Oktober tahun lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok