Kes salah faham Hafiz Suip selesai

Tidak sampai 24 jam, kes salah faham yang melibatkan penyanyi Hafiz Suip dan seorang lelaki di Kuching, Sarawak diselesaikan secara baik.

Dalam video yang dimuat naik rakannya dikenali sebagai Uthman Daud, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, difahamkan sudah bersemuka dan saling bermaafan antara satu sama lain dengan lelaki terbabit.

Saya marah uncle (pak cik). Saya mengaku saya juga ada buat salah.

“Saya minta maaf,” kata Hafiz kepada lelaki itu.

Dalam video berkenaan, mereka dilihat bersalaman dan berpelukan.

Alhamdulillah, berdamai lebih baik dan masing-masing mengaku kekhilafan sesama sendiri,” kata Uthman menerusi perkongsian Facebooknya.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian HibGlam Uthman telah memadam video tersebut kerana kes masih dalam siasatan dan juga atas nasihat pihak berkuasa.

Sebelum ini, sebuah video yang memperlihatkan kelibat Hafiz ditumbuk seorang lelaki tular dalam aplikasi X.

Menerusi video tular tersebut, Hafiz menghentak but hadapan sebuah kereta dan natijahnya dia ditumbuk seorang lelaki dipercayai pemilik kereta berkenaan.

Uthman sebelum ini menjelaskan kejadian berpunca daripada provokasi sehingga mendorong Hafiz bertindak kasar terhadap lelaki terbabit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok