Kecoh Fazura makan kenduri tanpa Fattah

BAGAI baru semalam pelakon Fattah Amin menzahirkan penghargaan terhadap isterinya, Nur Fazura selepas rumah tangga mereka dikatakan bergolak gara-gara tiada gambar berdua.

Sebelum itu si isteri terlebih dahulu menangkis gosip nakal dalam media sosial dengan prinsip tidak adil berkongsi foto bahagia media sosial sedangkan di Palestij ibu-ibu menangisi kematian anak.

Namun sudah namanya dunia hiburan, desas-desus ribut dalam hubungan pasangan sensasi itu kembali diperkatakan gara-gara Fazura hadir ke kenduri hanya bersama anak tunggal mereka.

Apatah lagi majlis persandingan tersebut membabitkan anak saudara Fazura sendiri. Umpama sengaja meletakkan umpan, berlumba-lumbalah peminat bertanyakan di mana kelibat Fattah.

Ketiadaan bintang filem Mat Kilau pada acara keluarga begitu agak pelik untuk pasangan yang selama ini jarang tidak berdua dalam sebarang majlis. Apa pun tak elok berburuk sangka.

Ketika ramai mencetuskan semula spekulasi liar, masih ada peminat menegur pihak yang suka menabur fitnah supaya lebih molek menjaga rumah tangga sendiri.

MIZZ LAHAR: Ramai minta Dol’s Podcast jangan suka-suka petik nama orang lain demi kejar rating.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok