Kantoi tonton filem ‘dewasa’ suami pukul Cut Intan Nabila

SEDAR khilaf diri, suami pempengaruh media sosial, Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador mengaku bersalah atas dakwaan memukul isterinya.

Menurut wakil polis Bogor, Armor mengaku memukul isteri hanya disebabkan terkantoi menonton video lucah.

“Tertuduh didapati menonton filem dewasa (lucah). Itu kali terakhir mangsa dipukul,” kata pihak polis dalam sidang media, semalam.

Sebelum ini, bekas atlet fencing Indonesia itu memuat  naik video dikasari suami menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik tidur mereka.

Difahamkan lelaki terbabit bukan sahaja melakukan keganasan rumah tangga bahkan beberapa kali kantoi curang sepanjang lima tahun perkahwinan.

Menurut Cut Nabila atau lebih mesra dipanggil Intan, banyak lagi video dalam simpanan sebagai bukti keganasan Armor sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam rakaman yang dimuat naik kelmarin, dapat dilihat Armor memukul, menendang dan mencengkam wanita itu berkali-kali.

Lebih menyayat hati, meskipun menjerit kesakitan, Armor tetap memukulnya tanpa  belas kasihan.

Menerusi video berdurasi beberapa saat itu, dapat dilihat Armor sengaja menendang bayi mereka yang masih berusia 22 hari.

Difahamkan, Armor merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat perniagaan dandanan rambut terkemuka di negara itu.

Lelaki lulusan Universiti Al Azhar Indonesia itu juga adalah anggota Badan Pengurus Daerah Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Jawa Barat.

Armor kini berada dalam tahanan polis selepas dicekup di Jakarta iaitu sebaik Intan membuat laporan di Balai Polis Bogor atas tuduhan melakukan keganasan domestik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok