TERLALU tertekan dan keletihan dengan jadual kerja yang padat, penyanyi Kang Min-kyung mengambil keputusan untuk bercuti ke Itali bagi menenangkan fikiran.
Senyap sunyi dalam media sosial, wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia mahu memanfaatkan percutiannya itu untuk meluangkan masa bersama orang tersayang tanpa ‘pusing’ dengan sebarang kemas kini dalam media sosial.
“Hari pertama di Itali, ramai tanya ke mana saya menghilang. Saya ada sahaja sedang menikmati masa berkualiti dan mahu menenangkan fikiran yang sebelum ini terlalu letih dengan timbunan kerja.
“Badan saya terlalu penat, saya sudah berusaha keras sejak dua ke tiga tahun kebelakangan ini,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Terdahulu, penyanyi tinggi lampai itu pernah berkongsi video dalam YouTubenya menunjukkan dia menerima kaunseling daripada pakar psikiatri kerana terlalu tertekan dengan kerja yang melampau. – HIBGLAM