330
BERANI mati melakonkan babak panas dalam drama Queen Woo sehingga teruk dikecam, pelakon Jung Yoo-mi menegaskan dirinya bersikap profesional sebagai pelakon.
Meskipun berasa sedikit terbeban, aktres berusia 41 tahun itu bersetuju melakukan adegan itu agar lakonan dan penceritaan lebih menusuk jiwa penonton.
Ini pertama kali saya melakukannya dan percaya adegan itu perlu dilunaskan demi mencantikkan naskhah.
“Memang berat tapi saya fikir adegan itu sangat memberi kesan kepada watak Woo-soon. Setelah berbincang, saya dan pasukan produksi bekerja keras menjayakannya tanpa terlihat janggal,” katanya. – HIBGLAM