242
GARA-GARA menyentuh punggung seorang pelakon lelaki, aktres Jung Ga-eun diasak dengan kecaman.
Dalam foto tersebut, pemilik nama asal Baek Ra-hee itu dilihat sedang berlatih untuk sebuah teater berjudul Boeing Boeing tetapi kedudukan tangannya menjadi perhatian.
Rata-rata berpendapat bahawa Ga-eun melakukan gangguan seksual secara terang-terangan sehingga menggesa aktres itu memadam hantaran tersebut.
Akhirnya, pelakon berusia 46 tahun itu memohon maaf terhadap apa yang berlaku selain menegaskan akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang hantaran selepas ini. – HIBGLAM