Ji Chang-wook mabuk bercinta?

SERING bergandingan dalam drama dan berkawan baik, pelakon Lim Ji-yeon memberi bayangan aktor Ji Chang-wook sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang.

Kata Ji Yeon, 34, dia tahu segala-galanya tentang Chang Wook, 37, tetapi menghormati privasi rakannya itu.

“Saya tahu semuanya tetapi saya tak bertanya kepadanya tentang itu.

Saya hormat dia kerana kami berdua adalah pelakon. Saya hormat kisah percintaannya.

“Tak mungkin dia tiada kekasih dengan rupa sekacak itu?” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Sementara itu, Chang-wook menegaskan dia tidak suka berkongsi kisah percintaannya kepada umum.

“Saya suka bercinta secara rahsia dan putus pun secara senyap-senyap,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok