IU bukan lagi kekasih Lee Jong-suk?

HUBUNGAN percintaan penyanyi IU dan pelakon Lee jong-suk yang dibina hampir dua tahun dikatakan sudah berakhir.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas mereka berdua dilihat sudah jarang keluar bersama.

Malah, agensi kedua-dua artis itu masih berdiam diri dan memberikan sebarang reaksi terhadap khabar angin itu.

Bagaimanapun, peminat mengharapkan pasangan sama cantik sama padan berkenaan masih saling mencintai dan gosip yang hangat diperkatakan itu sekadar andaian netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok