Idam kahwin tahun depan, nak jadi ibu muda – Kasih Leona

INGIN bergelar ibu pada usia muda, pempengaruh Kasih Iris Leona menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona Azhar, 22, berkata dia masih solo selain belum mempunyai calon yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

“Saya merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan, namun setakat ini saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.

“Saya tahu masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu pada usia begini sebab saya sangat sukakan kanak-kanak.

“Semuanya hanya harapan tapi kalau ada jodoh, jangan terkejut jika saya kahwin tahun hadapan,” katanya kepada HibGlam pada majlis sidang media pelancaran video muzik Saranghae Kawanku, Blimey, semalam.

Meletakkan piawaian tinggi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mengakui sukar menemui lelaki yang menepati kehendaknya malah boleh dikatakan tiada siapa setakat ini mampu menawan hatinya.

Paling penting kata Leona, rupa bukanlah kriteria utama sebaliknya dia lebih memandang kepada personaliti yang ada dalam diri seseorang lelaki.

“Jujurnya saya memang tiada calon langsung kerana terlampau sibuk dengan kerjaya demi mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.

“Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piawaian itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.

“Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur, tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya,” ujarnya.

Ditanya sama ada hasrat itu sudah disuarakan kepada ayahnya, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu memberitahu seluruh keluarganya sudah maklum bahkan tidak membantah asalkan dirinya menamatkan pelajaran terlebih dahulu.

“Ayah saya tahu, jujurnya satu keluarga sudah tahu saya mahu berkahwin tahun depan, mereka tidak kata apa-apa dan menyokong usaha murni itu.

“Cumanya saya kena habiskan belajar dan selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu, selebihnya mereka okey sahaja asalkan saya bahagia,” kongsinya.

Terdahulu pada 2022, Leona pernah berkongsi perasaan sedih apabila bekas teman lelakinya, Ryan sudah pun mempunyai kekasih baharu selepas tiga bulan berpisah.

Sejak itu, personaliti popular terbabit kekal solo tanpa menjalinkan hubungan cinta sehingga ke hari ini. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok