‘Hati-hati, jangan bagi PA masuk hidup kita’

SUSULAN pembongkaran ‘tembelang’ pembantu peribadi pelakon Uqasha Senrose, penerbit Datin Seri Umie Aida menasihati selebriti lain agar berhati-hati dalam memilih pekerja.

Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 50, turut mengingatkan rakan seperjuangan agar jangan membenarkan pengurus atau pembantu peribadi mencampuri urusan privasi mereka.

“Artis kena berhati-hati bila ambil PA (pengurus peribadi).

Kalau boleh jangan bagi PA masuk dalam kehidupan peribadi kita,” katanya menerusi Instagram.

Penerbit dan pelakon itu turut menegaskan penggiat seni berisiko berdepan masalah andai mendapat pekerja tidak boleh dipercayai.

Kalau dapat PA yang tidak amanah dan mulut tiada insurans, hmm… (mengeluh). Berhati-hati,” tegasnya.

Perkara tersebut diluahkan selepas mengikuti pendedahan Uqasha berkenaan sikap sebenar bekas pembantu peribadinya yang menceroboh privasi.

Semalam, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi yang tidak sedar dek untung kerana menuduhnya melakukan serangan fizikal ketika berkhidmat dengan aktres terbabit.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha terpalit dengan kontroversi seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu menafikan dakwaan tersebut selain menegaskan dia tidak tergamak melakukan perbuatan itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok