Hadiahkan motosikal, Zizan penuhi hasrat bapa

SAYA di Terengganu hari ini nak beli motor sebab abah kata nak motor, nak pergi surau.”

Demikian perkongsian pelakon dan pelawak Zizan Razak yang merealisasikan impian bapanya dengan menghadiahi insan kesayangannya itu sebuah motosikal jenama Honda.

Ujar Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 40, bapanya, Razak Hudsain sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal bagi memudahkan perjalanan ke masjid.

“Sebelum ni susah sikit dia mahu pergi surau kerana tiada kenderaan.

Tapi saya buat-buat tak dengar sebab nak buat kejutan untuk dia,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Tambah pelakon filem Polis Evo itu lagi, hadiah tersebut juga merupakan penghargaan atas pengorbanan insan kesayangan yang sentiasa menggembirakannya sewaktu kecil dahulu.

Saya rasa seronok sebab dulu masa kecil dia layan saya dan abang.

“Jadi hari ini saya layankan dia pula, kereta pun banyak dah, tapi motor juga dia mahu, kita bagi sahajalah,” ujarnya tersenyum.

Semakan HibGlam menerusi ruangan komen mendapat  rata-rata netizen memuji sikap Zizan selain menyifatkannya sebagai anak yang mengutamakan keluarga.

Bagusnya Zizan, ada sebab Tuhan tak bagi Zizan jodoh lagi. Tuhan nak dia berbakti puas-puas kepada mak dan ayah dulu,” komen netizen itu.

“Satu hal yang paling saya kagum dengan Zizan adalah dia sentiasa mendahului keluarga lebih daripada segala-galanya,” komen seorang lagi netizen.

Ini bukan kali pertama pelantun lagu Bawa Aku Pergi itu berbakti kepada orang tuanya, sebelum ini dia pernah membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 300 kepada bonda tercinta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok